Ketua Pegawai Eksekutif Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW) Melawat ke Stesen Pengawasan Automatik Kualiti Udara Mudah Alih di Johan Setia, Selangor

4 FEBRUARI 2021: Kawasan Johan Setia adalah sebuah kawasan pertanian seluas lebih kurang 4,000 ekar dan sedang mengalami pembangunan yang pesat. Johan Setia merupakan kawasan tanah gambut yang telah dikenal pasti sering mengalami kebakaran. Ia merupakan salah satu titik panas di kawasan pantai barat di semenanjung Malaysia.

Indek Kualiti Udara (IKU) di kawasan Johan Setia didapati semakin meningkat bermula 3 Februari 2021. Ketua Pegawai Eksekutif PSTW telah melawat ke stesen pengawasan automatik kualiti udara mudah alih yang berada di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia untuk memastikan stesen tersebut berada dalam keadaan yang baik. Lawatan teknikal bersama pasukan operasi PSTW telah mengambil masa 3 jam. Kesemua peralatan yang ada pada stesen pengawasan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan mampu mencerap data kualiti udara yang tepat.

PSTW sentiasa memastikan kesemua rangkaian pengawasan kualiti alam sekitar berada dalam keadaan yang baik. PSTW memberi komitmen yang tinggi untuk membekal data kualiti alam sekitar yang tepat agar kesejahteraan alam sekitar dan rakyat terjaga.

 

Rajah 1: Indek Kualiti Udara bagi kawasan Johan Setia sejak 1 Februari 2021