Program Denai Sungai Kebangsaan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021

16 OCT 2021 – Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Denai Sungai Kebangsaan di Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping usaha memastikan kelestarian sungai terus terpelihara. Upacara tersebut telah dirasmikan oleh En. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah JAS. Turut hadir pada upacara tersebut adalah Dr. Norhazni Binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Puan Azuri Binti Saeda, Pengarah JAS Negeri Sembilan, serta En Rosli Bin Mustafa, Pengarah Bahagian Air & Marin JAS. Peserta-peserta lain yang turut terilbat untuk menjayakan program ini terdiri daripada ketua dan penduduk kampung, serta wakil daripada agensi-agensi lain termasuk wakil industri.

Program ini yang melibatkan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sekitar kawasan Sungai Linggi dan penanaman anak pokok telah dijalankan mengikut SOP yang digariskan oleh pihak KKM dan MKN. Di samping itu, taklimat berkenaan kualiti air Sungai Linggi juga turut diadakan di stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang terletak ditapak upacara.

Seramai 10 kakitangan PSTW turut menyertai program ini.