Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

22 OKTOBER 2022: Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah dirasmikan oleh KDYMM Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Perkarangan Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 22 Oktober 2022. Turut hadir KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Majis perasmian itu juga turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, YB Menteri Alam Sekitar dan Air, Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha KASA, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Exco Pelangcongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Ketua Pengarah JAS, pegawai-pegawai KASA, pegawai-pegawai JAS dan agensi-agensi.

PSTW telah mendapat jemputan daripada JAS Negeri Pahang bagi menghadiri majlis perasmian tersebut dan mengadakan pameran bagi Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja PSTW merakamkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan penghargaan atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berangkat mencemar duli ke majlis perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

2 Comments