Sambutan Hari Ozon Sedunia dan pra-pelancaran Hari Alam Sekitar Negara tahun 2020

23 SEPTEMBER 2020 – Sambutan Hari Ozon Sedunia 2020 dan pra-pelancaran Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2020 yang bertemakan “Ozone for Life: 35 Years of Ozone Layer Protection” telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air pada 23 September 2020 yang dilangsungkan di Le Meridien Hotel, Putrajaya.

Majlis ini juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha KASA, YBrs. Puan Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia, wakil residen UNDP, ketua-ketua agensi di bawah KASA, pengarah di JAS Negeri dan pegawai-pegawai JAS. Turut mendapat jemputan syarikat Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW) bagi mengadakan pameran peralatan pengawasan kualiti udara untuk Environmental Quality Monitoring Program (EQMP).

Sambutan Hari Ozon Sedunia ini diadakan bagi menyokong inisiatif negara dalam menghapuskan bahan pemusnah ozon sejak Malaysia meratifikasikan Protokol Montreal pada tahun 1989.