Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia Turun Padang Pantau Punca Pencemaran

7 NOVEMBER 2020: Program pemantauan pencemaran oleh pasukan penguatkuasa Ops Lembangan hari ini telah turut disertai oleh YBrs. Pn. Norlin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pemantauan hari ini turut menggunakan peralatan drone bagi mengesan punca pencemar dalam lingkungan 300-meter radius. Pendekatan ini mampu membantu JAS untuk mendapat maklumat dengan lebih tepat dan tindakan segera. Gerakan operasi ini turut melibatkan JAS Ibu Pejabat, JAS Selangor dan Pakar Scieno TW Sdn Bhd (PSTW) di dalam pollution source survey. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan Ops Lembangan ini amatlah dihargai.