PSTW Menyertai Pameran Melaka Bumi Lestari bagi Menyambut Sambutan Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi

9 APRIL 2021: Sempena program ‘Melaka Bumi Lestari’ yang meraikan sambutan Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi, satu pameran telah diadakan di Hotel LaCrista, Melaka pada 9 April 2021.

Program ini bagi menzahirkan komitmen kerajaan negeri Melaka untuk mengutamakan agenda kelestarian alam sekitar selari dengan pembangunan semasa. Pameran ini dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air.

PSTW turut menyertai pameran sempena sambutan ini dengan pelbagai alat kawalan dan pengawasan kualiti air termasuk EXO2 multiparameter sonde, AIO2 sonic sensor, Hach Drel kit dan Van Dorn sampler, serta pertunjukan video korporat.